JUH 101 Hubungan Etnik

JUH 101/2 Hubungan Etnik

Hubungan Etnik ini subjek wajib kat IPTA. IPTS mungkin tak ada subject ini. Memandangkan USM adalah sebuah IPTA maka wajiblah kita pelajar PJJ mengambilnya dalam tahun pertama.


Modul Hubungan Etnik telah diedit oleh Professor Ulung Datuk DR Shamsul Amri Baharuddin.
Prof Shamsul adalah seorang professor bidang antropologi jadi siapa yang majoring antropologi mungkin akan bertemu Prof Shamsul dalam kuliah suatu hari nanti.

Menurut buku Panduan PJJ

Penilaian adalah

Praktikum - 60%
Final Exam - 40% (Objektif)

Praktikum adalah termasuk tugasan berkumpulan dan pembentangan tugasan semasa kursus intensif.
Belum ada arahan dalam portal jadi tak bolehlah jangka tugasan yang akan ada.
Bila tiba masanya baru saya akan upload ke sini.
Macam biasa kuliah akan diupload ke portal, kita sebagai pelajar perlu menonton kuliah video streaming nanti.

Subjek ini adalah subjek bernilai dua jam kredit maka sebagai panduan untuk setiap jam kuliah yang diberi pensyarah melalui kuliah secara mingguan maka pelajar diberatkan 2 jam kredit untuk mengkaji subjek ini sendirian atau berkumpulan. Kalau kuliah 2 jam maka 2 x2 = 4 jam perlu diluangkan untuk belajar subjek ini setiap minggu. Tetapi itu adalah kes pelajar sepenuh masa di mana mereka ada masa 14 minggu kuliah dan satu minggu study week atau roughly 3 bulan 3 minggu sebelum final exam yakni sela masa lebih singkat sebelum berhadapan test dan exam. Untuk pelajar PJJ saya rasa kita boleh study dengan 4 jam setiap 2 minggu minimum kerana kita ada sembilan bulan dari sekarang sebelum final exam untuk beban tugas yang sama dengan pelajar sepenuh masa disamping study untuk kursus intensif dan tugasan. Terpulanglah pada jadual study anda untuk subjek ini.

Subjek ini tiada kelas sidang video.

Untuk subjek ini, kita just baca modul dan buat nota + soalan yang ada dalam modul. Soalan berbentuk final exam universiti lain saya akan upload nanti. Ada kemungkinan soalan akan sama dengan soalan final objektif USM. Saya akan update tapi sela masa untuk update adalah tidak sekerap subjek majoring.

4 comments:

  1. mohon beri panduan tentang asaimen juh 101 ni..sy mbik isu kebebasan mengenai agama islam dan hindu..perlu bergambar ker setiap penjelasan..??

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum.. Saya nak tumpang tanye.. Dimana Saya boleh dapatkan buku ini? Boleh bantu saya untuk dapat kan info? 0126373863 - Zulia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya baru baca komen di sini.

      @Zulia Buku itu diberi pada pelajar yang mengikuti pembelajaran PJJ di USM pada Tahun pertama. Kalau Zulia bukan Pelajar USM mungkin boleh cuba cari di kedai kedai buku universiti di USM Uitm dll

      @Rena Rasanya you pun dah hantar tugasan JUH101. Letak je gambar relevan sebagai tambahan. Pastikan isi tugasan mantap, jangan gambar melebihi isi.

      Delete
  3. @USM Physics PJJ 2014/2015

    Saya merancang untuk mendaftar kursus JUH 101 Hubungan Etnik tahun akademik depan. Saya kurang faham apa yang harus dimasukkan dalam tugasan untuk menerangkan kaedah kajian yang telah saya gunakan. Minta saudara share assignment anda. Setahu saya PJJ tidak akan membekal modul kursus ini sebab modul itu out of print. Adakah kursus ini susah nak lulus?

    ReplyDelete