JUL 401 Bahasa Malaysia IV

Bahasa Malaysia IV adalah kursus wajib bagi semua pelajar Tahun Satu PJJ USM.

Fokus subjek ini adalah pemantapan pengunaan tatabahasa yang tepat, taakulan pemahaman sesuatu petikan teks dan penulisan karangan berbagai genre dari laporan,penjelasan,hujahan, analisis, perbincangan dan rujukan.

Pensyarah bagi subjek ini : PROF MADYA YAHYA CHE LAH

Berikut adalah perancangan akademik bagi subjek ini. Klik pada gambar untuk melihat perancangan akademik dengan lebih jelas. Perancangan akademik ini juga boleh di muat turun dari portal E-learning USM anda. Atau disini  Perancangan Akademik Bahasa Malaysia 4   klik file -----> download untuk muat turun.

Subjek ini adalah subjek bernilai dua jam kredit maka sebagai panduan untuk setiap jam kuliah yang diberi pensyarah melalui kuliah secara mingguan maka pelajar diberatkan 2 jam kredit untuk mengkaji subjek ini sendirian atau berkumpulan. Kalau kuliah 2 jam maka 2 x2 = 4 jam perlu diluangkan untuk belajar subjek ini setiap minggu. Tetapi itu adalah kes pelajar sepenuh masa di mana mereka ada masa 14 minggu kuliah dan satu minggu study week atau roughly 3 bulan 3 minggu sebelum final exam yakni sela masa lebih singkat sebelum berhadapan test dan exam. Untuk pelajar PJJ saya rasa kita boleh study dengan 4 jam setiap 2 minggu minimum kerana kita ada sembilan bulan dari sekarang sebelum final exam untuk beban tugas yang sama dengan pelajar sepenuh masa disamping study untuk kursus intensif dan tugasan. Terpulanglah pada jadual study anda untuk subjek ini.




Dari perancangan akademik di atas, dua perkara penting yang kita dapat ialah.

1. Kuliah akan dijalankan secara video streaming melalui download dari e-portal pada masa yang akan ditentukan nanti.

2. Kursus ini mempunyai tiga komponen penilaian

i) Tugasan individu - 20% (Tarikh Akhir 31 November 2013)
  - Pautan tugasan muat turun Tugasan BM 4
     Klik - File ----> Download untuk download tugasan itu. 
ii) Peperiksaan berterusan (semasa kursus intensif) - 20%
iii) Final Exam - 60%

Blog ini dapat menyediakan saya dan anda untuk peperiksaan dengan cara:

A) Saya akan menulis karangan secara mingguan menggunakan tajuk yang ada dalam past year atau tajuk saya sendiri. Anda boleh menilai penulisan saya dan memberikan komen membina dalam kotak komen atau email saya di dragnorx1@gmail.com 

B) Anda boleh menghantar karangan anda melalui tajuk yang anda pilih (Hint: topik semasa berbentuk hujahan pendapat dan laporan) dan saya akan menyiarkan di blog ini dengan menyiarkan karangan tanpa suntingan serta terima kasih atau credit sepenuhnya kepada anda atas perkongsian ilmu. Bersama kita dan rakan rakan lain dapat membetulkan dan memperbaiki lagi penulisan kita.

C)Saya juga akan upload soalan tatabahasa buku teks untuk tujuan perbincangan semula dengan anda semua bagi memilih jawapan yang paling betul. Untuk soalan final past year juga akan diupload bila tiba masanya.

Kita juga mesti meluaskan pembacaan bahan dalam bahasa Malaysia pada tahun ini dengan membaca topik semasa di dalam akhbar dan majalah sebagai persediaan exam.

Dengan ibi saya akan memulakan penyiaran karangan mulai minggu Depan 31/8/2013 pada setiap Hari Sabtu.

Utusan Online

Berita Harian

Dewan Bahasa dan Pustaka



1 comment:

  1. Assalam kurenai ryu, sis ada simpan soalan akhir BM iv for this year?.. if ada boleh sis share dgn saya or share di blog sis, tq

    ReplyDelete