Salam Sejahtera. Apa Khabar semua.
Nama saya Mr Kurenai (majoring Fizik) dari Pusat Wilayah Ipoh.
Saya adalah Pelajar PJJ USM Tahun Pertama seperti sebahagian daripada anda. Ini adalah study blog saya yang akan sentiasa diupdate secara harian yang akan menyenaraikan findings, pendapat, soalan dan solution jawapan saya untuk perkongsian semua Pelajar Fizik PJJ USM tahun pertama kemasukan 2013/2014. Tetapi saya akan memblog juga tentang semua subjek lain yang saya ambil seperti subjek
Kursus universiti JUL 401 -Bahasa Malaysia IV, JUH 101 - Hubungan Etnik, JUJ 103 - PJJ dan literasi Komputer dan JUT 101 - Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Buat permulaan ini kandungan tidak banyak tetapi blog ini akan diupdate setiap hari dan lama kelamaan blog ini akan berkembang pesat. Bak kata pepatah " Sedikit sedikit lama lama jadi bukit". Purata update adalah satu atau dua posting subjek sehari. Bergantung kepada topik yang saya cover pada hari itu.
Cara menggunakan blog ini ialah dengan melayari dan membaca posting saya setiap hari dan bertanya sekiranya ada kemusykilan atau membetulkan jika ada kesilapan. Di samping itu anda boleh menghantar nota tambahan kepada saya untuk perkongsian semua pembaca. Pautan ke subjek subjek ada di sebelah kanan blog ini. Lazimnya posting baru blog adalah selepas 12 tgh malam setiap hari. Dan buat permulaan minggu ini saya akan senarai sukatan pelajaran dahulu dan kemudian baru mula kajian topik dalam setiap chapter.
Untuk Panduan ini adalah subjek yang telah didaftar oleh saya pada Tahun pengajian pertama ini.
1. JUL 401 - Bahasa Malaysia 4
2. JUH 101 - Hubungan Etnik
3. JUJ 103 - PJJ dan Literasi Komputer
4. JUT 101 - Tamadun Islam dan Tamadun Asia
5. JIF 103 - Physics 1/Practical 1A (Modern Physics)
6. JIF 104 - Physics 2/Practical 1B (Material Science)
7 .JIM 105 - Basic Mathematics (Pelajar major chemistry, dan biology pun ambil subjek ini)
8. JIM 101 -Calculus (Pelajar Matematik major ambil subjek ini, saya ambil kerana minoring dalam Math)
1-4 adalah kursus wajib untuk semua pelajar. Saya masih mencari team up kalau boleh untuk subjek Hubungan Etnik dan TITAS. Lokasi pusat wilayah saya ialah IPOH dan tempat tinggal saya Seri Manjung.
Saya juga mengalu-alukan feedback dan sumbangan dari anda semua sama ada dalam bentuk penghantaran soalan berbentuk exam, modul dan ebook, mahupun nota peribadi yang dicapture oleh kamera digital anda. Kalau berminat siapa sahaja boleh berhubung dengan saya dan appointment study bersama menggunakan medium Skype, MiRC, Yahoo Messenger (email:fairulizwan@yahoo.com) dan email rasmi: dragnorx1@gmail.com (make sure letak subjek PJJ study blog)