Monday, August 26, 2013

Bab 1 Modul 4 Juj 103 PJJ dan Literasi Komputer - Pengenalan sokongan pembelajaran

Bab 1. Pengenalan Sokongan Pembelajaran

Sebagai rumusan bab ini menerangkan pentingnya sokongan pembelajaran kepada pelajar PJJ.
Ini kerana pelajar PJJ terpisah dari pembelajaran formal dari pensyarah.

Berikut adalah contoh jawapan saya terhadap soalan di akhir bab dalam modul 4 JUJ 103. Sila baca bab 1 Modul 4 Buku teks untuk mendapat faedah maksimum dari cadangan jawapan saya.


Soalan 1. Nyatakan jenis jenis program pendidikan yang mendokong ciri-ciri pembelajaran secara jarak jauh di Malaysia?

1.Pendidikan Gaya Pos - modul bacaan dihantar oleh universiti atau maktab tuisyen (Maktab Adabi gaya pos) secara berkala untuk manfaat pelajar yang menerima. Contoh: Maktab ADABI dan Linguaphone

2. Program Berkembar - Pengajian tinggi di universiti-universiti utama di luar negara juga menawarkan pengajian berkembar di mana pelajar boleh melakukan program fasa pertama (peringkat diploma) di institut-institut pengajian tinggi awam tertentu di Malaysia sebelum meneruskan baki pengajian di salah sebuah universiti di luar negara. Pelajar dapat mula pengajian di dalam negara sebelum menghabiskan baki pengajian di luar negara. Di akhir pengajian pelajar mendapat dua pengiktirafan iaitu sama ada diploma dari universiti dalam negara atau ijazah dari universiti luar negara. Atau hanya ijazah dari luar negara. Ia diklafikasikan jarak jauh kerana pelajar tidak perlu berada secara fizikal di universiti luar negara itu pada awalnya. Contoh Kolej Swasta KDU college twinning dengan Manchester University

3. Pengajian Luar Kampus (PLK) - Pelajar bekerja perlu menghadiri kelas di luar waktu bekerja sama ada waktu petang atau hujung minggu untuk pembelajaran bersemuka dalam kelas dengan pensyarah di fakulti masing masing. Contoh: Uitm dan UTMSPACE

4. Pendidikan Jarak Jauh - Pembelajaran di beratkan kepada pelajar sebanyak 70%. Hanya perlu hadir kelas pada hari tertentu melalui kelas sidang video pada hujung minggu dan waktu malam. Kursus Intensif juga wajib dihadiri. Contoh USM, OUM - Open Universiti Malaysia



Soalan 2: Mengapakah suatu sistem sokongan perlu disediakan dan disalurkan kepada para pelajar jarak jauh?

Penyediaan itu wajib disediakan supaya walaupun pelajar PJJ berada jauh dari kampus induk, mereka tidak akan berasa keseorangan dalam pengajian mereka.  Kerana dengan sistem sokongan Masih ada cara untuk mereka berinteraksi dengan pensyarah melalui kelas telesidang (sidang video) dan email pensyarah, bersama rakan seperrjuangan di pusat wilayah mahupun meminjam buku secara pos. Jika pelajar PJJ dibiarkan berseorangan tanpa bantuan dari universiti ada kemungkinan mereka akan terkandas dalam pengajian. Selain itu pelajar PJJ mempunyai masalah lain yang lazimnya bersifat akademik seperti terlalu lama meninggalkan alam persekolahan sebelum kembali belajar yang mungkin memerlukan sistem sokongan yang baik.

Akibat belajar bersendirian


Soalan 3: Apakah dasar yang menjadi rujukan dalam menyediakan khidmat sokongan untuk para pelajar jarak jauh?

Rujukan ialah para pelajar itu sendiri. Pelajar perlu tahu apa yang mereka mahu dan universiti boleh menyediakan walaupun tidak semua kemahuan mereka tetapi kebanyakan daripada permintaan untuk kebaikan pelajar. Pensyarah juga boleh menjadi rujukan atas kapasiti pengalaman mereka mengendalikan program PJJ yang lepas.






Soalan 4 (jawapan berlainan untuk setiap pelajar) jadi simpanlah untuk kegunaan sendiri.

No comments:

Post a Comment